Selamat datang ke Portal Sumber Stesen Radio Amatur.
Portal ini adalah sebagai sumber rujukan persendirian supaya senang dicapai dari mana-mana lokasi apabila diperlukan. Semua warga Radio Amatur atau yang berminat dengan bobi ini boleh berkongsi maklumat dari portal ini tetapi bukanlah satu maklumat yang muktamad kerana ianya hanya rujukan peribadi. Segala pengetahuan serta maklumat yang diperolehi atau hasil ujikaji akan dikemaskini ke dalam portal untuk dikongsi bersama. Jika rakan-rakan ada sebarang cadangan, masalah ataupun kesulitan berhubung dengan hobi ini bolehlah mengutarakannya di Laman Forum untuk dibincangkan bersama atau berkongsi pendapat dari rakan-rakan lain yang sudi berkongsi pendapat mereka.
Kepada semua pengunjung Portal ini adalah digalakkan mendaftarkan sebagai ahli Secara Percuma [DISINI] supaya semua akses kepada kemudahan yang ada di laman ini dapat diakses tanpa sekatan. Jika anda mempunyai idea dan cadangan bagi meningkatkan mutu isi kandungan Portal ini sila hubungi saya agar dapat dikongsi bersama. Jika anda menghadapi sebarang masalah, sila maklumkan terus kepada Pentadbir agar bantuan dapat diberikan dengan segera.
Anda telah mempunyai lesen dan bersedia untuk ke udara. Perkara penting yang perlu anda lakukan pada permulaannya ialah mendengar dan memerhati bagaimana rakan-rakan ham membuat panggilan mereka. Memandangkan ianya terdiri dari berbagai “Mode” dan “Band” dengan pendekatan yang agak berbeza, ianya akan membantu jika anda biasa mendengar pelbagai keadaan atau cara sebelum anda membuat Panggilan Pertama atau ‘Kontek Perdana’.
Bergantung kepada radio dan lesen yang anda miliki untuk membantu membuat keputusan dan bagaimana anda hendak memulakannya. Jika anda menggunakan Radio Bimbit (Handy Talkie), anda boleh mula berkomunikasi melalui Pengulang (Repeater) atau panggilan terus (Simplex) kepada rakan yang lain di band VHF, UHF dan HF mengikut frekuansi yang telah di peruntukan.